Tuesday, December 8, 2009

SALAM 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …

IBUBAPA / PENJAGA PELAJAR TGI 2010

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Warga TGI yang meneruskan pembelajaran pra-persekolahan anak tuan/puan untuk Sesi 2010
yang kan datang tidak lama lagi . Untuk itu disini ingin saya maklumkan beberapa informasi bagi proses pendaftaran Sesi 2010 kelak .

HARI TERBUKA SESI 2010 TADIKA GEMILANG INTELEK

TARIKH : SABTU , 02/01/2010
( MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG )
TEMPAT : DEWAN KOMPLEKS PASAR AWAM , BALIK PULAU
ATURCARA / AKTIVITI ;
- 09.00 AM : PRA-PENDAFTARAN PELAJAR
- 09.45 AM : TAKLIMAT PRA-PERSEKOLAHAN TGI SESI 2010
- 10.30 AM : PREVIU FONETIK ( Bacalah Anakku & ReadEasy Phonics ) dari Wakil READNETWORK KUALA LUMPUR
- sewaktu Previu Kanak-kanak/Pelajar-pelajar akan dibawa untuk dihiburkan dengan aktiviti bersama Badut agar tidak menganggu
Previu tersebut . Adalah PENTING agar semua Warga TGI dapat menghadirkan diri untuk mendengar Previu ini oleh kerana ianya
akan memberikan kefahaman Program yang digunakan TGI .

- 11.30 AM : PENDAFTARAN PELAJAR DITERUSKAN …
- Pengisian Borang Maklumat Pelajar & Penyerahan Dokumen ( salinan MyKids @ Surat Beranak & 04 Keping Gambar )
- Urusan Pengangkutan Van - Pembelian Uniform TGI

YURAN PENDAFTARAN / YURAN BULANAN / UNIFORM TGI

Untuk rujukan IbuBapa/Penjaga Pelajar Sesi 2010 , bersama-sama ini disertakan ‘ flyers ‘ TGI untuk rujukan yuran- yuran bagi sesi 2010 .
Yuran Pendaftaran 2010 ( meliputi buku kerja/aktiviti/alat tulis & insuran kelompok ) & Yuran Bulanan Januari 2010 ( mengikut Pakej yang akan diambil kelak )
perlu dijelaskan sewaktu Hari Terbuka tersebut .
Bagi Sesi 2010 kelak , pihak TGI akan menukar warna Uniform TGI kepada warna Ungu/Kuning memandangkan terdapat beberapa tadika di Balik Pulau yang
menyamai uniform kita . Oleh yang demikian , urusan pembelian Uniform tersebut bolehlah dilakukan sewaktu Hari Terbuka kelak .

Monday, December 7, 2009

SALAM PERPISAHAN 2009







;;

By :
Free Blog Templates