Friday, April 30, 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …


Untuk Edisi Mei 2010 ini , pihak TGI ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran , kerjasama dan sokongan pihak IbuBapa/Penjaga pada sesi Perjumpaan yang lalu dengan kehadiran peratusan sebanyak 83% .

Segala pandangan dan komen yang dibincangkan akan dipantau serta dipertingkatkan oleh pihak Pengurusan TGI .

Untuk makluman IbuBapa/Penjaga semua , aktiviti Sambutan Hari Guru 2010 kelak yang dijadualkan pada 14hb Mei 2010 nanti akan diadakan secara tertutup bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil bahagian

didalam aktiviti yang disediakan . Pelajar boleh dihantar terus ke Dewan pada pagi tarikh tersebut dan diambil di Dewan sekiranya pihak tuan/puan ingin mengambil sebelum pukul 1.00 petang . Pelajar yang menaiki van akan

pulang serentak bersama pelajar Pakej B pada pukul 2.30 petang . ( Makanan tengahari akan disediakan kepada semua pelajar yang pulang pada jam 2.30 petang ) .

Akhir kata , pihak TGI ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Warga IBU Tadika Gemilang Intelek semoga dipanjangkan umur serta di- murahkan rezeki . Kepada semua Tenaga Pengajar TGI serta waris-waris

yang bergelar Guru – “ SELAMAT HARI GURU dari kami di TGI !


CUTI UMUM ( PUBLIC HOLIDAY )

28/05/2010 ( JUMAAT ) - HARI WESAK

* TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada tarikh diatas .


AKTIVITI-AKTIVITI MEI 2010


TEMA PEMBELAJARAN BULAN MEI 2010

PEKERJAAN

HOBI

KRAFTANGAN SAMBUTAN HARI IBU

HARI JUMAAT , 07/05/2010

DI TADIKA

AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN KHAS UNTUK

IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU ….

AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU

JUMAAT , 14/05/2010

DI DEWAN BALORA MASTIKA , KONGSI

09.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

AKTIVITI TERTUTUP BERSAMA PELAJAR SAHAJA

dengan kerjasama Perpustakaan Desa Sungai Burong

- Hidangan makanan/minuman dari Gerai Guru-guru

- Acara bercerita / membaca dari Pelajar-pelajar

*** BERPAKAIAN LENGKAP UNIFORM TGI SERTA BERKASUT

( TIDAK PERLU MEMBAWA BOTOL AIR )


HARI JUMAAT , 14/05/2010

NUR ULFAH ZAHRA / MUHAMMAD LUQMAN

NIK MUHAMMAD SYAHMI / NUR BALQIS ZULAIKHA

NURFARZANA / DINA KHAIRINA

SAFIY ALIEYA / MD. IRSYAD IMAN ( Taska )
TEACHER ZIZI


SAMBUTAN HARI BAPA 2010


Pada bulan Jun 2010 yang akan datang , pihak TGI akan mengadakan aktiviti kraftangan bersama pelajar dalam menyambut Hari Bapa pada tahun ini . Butiran akhir aktiviti tersebut akan dimaklumkan kepada Pelajar pada Buletin Jun yang akan datang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING

26/06/2010 ( SABTU )

Pada bulan Jun nanti seperti tarikh di atas pihak TGI akan mengadakan lawatan sambil

belajar ke Zoo Taiping bersempena dengan tema pembelajaran bulan Jun - HAIWAN pada tarikh yang dinyatakan di atas .

Untuk itu , pihak TGI memohon jasa baik IbuBapa untuk memberi maklum balas akan penyertaan Pelajar kelak melalui borang jawapan yang akan diedarkan bersama Buletin ini bagi memudahkan persiapan pihak kami kelak .


Pelajar-pelajar TGI bersama Guru-guru menjalankan aktiviti Senaman Pagi Berjalan ke
Taman Botanica CT , Bandar Baru Air Putih ( 0.5 km daripada Tadika )

budak-budak yang dok berjalan sakan..... depa pulak buat muka letih konon.......

HARIJADI BULAN APRIL 2010

Adik Fatin Nabilah Hanani diraikan harijadi

bersama rakan-rakan Pakej “ Full Day “


HARIJADI BULAN APRIL 2010
Nur Irdina Syzawani / Ainul Farah Marisya / Fatin Nabilah Hanani
Siti Nur Batrisyia / Muhd Norhamim Najwan / NurAsma Ilyani /
Afiqa Nur Marsya / Nurshuhada /Siti Lailatul Farzana

Thursday, April 22, 2010


ADIK MUHAMAD ALIF BIN MURAD ( 06 Tahun )

Pelajar Kelas Diamond TGI

Menerima sumbangan saguhati daripada Pengetua TGI , Cik Rosnita Napiah

di atas kejayaan beliau layak ke Pertandingan Akhir Bercerita 2010

anjuran Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada

28hb April 2010 di Dewan Millenium Kepala Batas .

Wednesday, April 21, 2010

Perjumpaan IbuBapa & Guru serta Pengurusan TGI dalam menilai prestasi Pelajar-pelajar untuk suku-tahun pertama Sesi 2010 serta menjamu selera jamuan yang disediakan …
Peratusan kehadiran IbuBapa selama 02 hari yang diadakan di Tadika sebanyak 79% …


;;

By :
Free Blog Templates