Tuesday, February 15, 2011

PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA JARING DI ANTARA
TEAM TGI DENGAN TEAM ICT COLLEGE
DI GELANGGANG RAKYAT, TAMAN MANGGIS INDAH - 10.02.2011







Mesyuarat & Latihan Bulanan Bersama Pengurusan TGI



Kursus KOHORT 2, Staf TGI Anjuran KPM/JPN - Disember 2010

AKTIVITI JAN / FEB 2011


AKTIVITI 'SWIMMING'

AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

SAMBUTAN HARI LAHIR




LAWATAN KLINIK PERGIGIAN






















BULETIN SUKAN 2011

PERTANDINGAN TERTUTUP BADMINTON BERPASUKAN
PIALA TGI 2011

… Dalam kerancakkan Pelajar bersukan pada 10/03/2011 nanti
pihak TGI bersama wakil IbuBapa sedang merancang untuk
mengadakan Pertandingan Tertutup Badminton Berpasukan
Piala TGI 2011 selaras dengan Bulan Sukan ‘ Mac 2011 kelak .

Oleh yang demikian , makluman awal disebarkan kepada semua
Warga TGI 2007 , 2008 , 2009 , 2010 & 2011 untuk turut serta
didalam pertandingan yang julung-julung kalinya ingin diadakan .

Bagi yang berminat ingin sihat bersukan dan memendam bakat
ala-ala Lin Dan , Chong Wei , Joko Suprianto atau Meng Chew …
bolehlah mula ‘warm up @ mencari sparring partner ‘ dan
menghubungi Cikgu Rudzi untuk keterangan lanjut .

MAKLUMAN AWAL PERTANDINGAN ;

Format Liga Berpasukan ( bergantung kepada sambutan ) dengan
mengandungi 02 BEREGU LELAKI / 02 BEREGU CAMPURAN & 01 BEREGU WANITA
( @ 06 Lelaki & 04 Wanita Sepasukan )

Mana-mana IbuBapa yang dapat menubuhkan Satu Pasukan
sila dapatkan borang dari TGI & mana-mana IbuBapa yang tidak
mencukupi regu tapi berminat boleh diserapkan di dalam Pasukan
Bersekutu yang akan digabungkan regu-regunya kelak .

TARIKH : 05/03/2011 ( SABTU ) & 06/03/2011 ( AHAD )
TEMPAT : DEWAN PASAR AWAM BARU MPPP , KONGSI


Sehingga 07/02/2011 telah ada 03 pasukan akan menubuhkan
pasukan iaitu BM POWERrrr / HOT PAPA&MAMA MYA
/ TGI …. Dijemput lain-lain komuniti seperti IbuBapa
dari KKTM , ICT , KESIHATAN dan lain-lain .

Penaja-penaja serta yang ingin mengiklankan produk mereka
DIALU-ALUKAN ( ekkkk macam Thomas Cup pulak yeee ! )

Monday, February 14, 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …

Untuk Edisi Februari 2011 ini , pihak TGI ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina ( ‘ Tahun Arnab ‘ ) kepada Warga TGI
yang meraikannya .

Juga dimaklumkan pada bulan Februari 2011 ini , minggu Slot
Swimming akan diadakan pada minggu bermula pada 21/2 – 25/2
( bagi memastikan pelajar membawa pakaian mandian ) .

* MARKAH MERIT 2011 – PELAJAR ( Mulai 01hb Februari 2011 )
Pihak TGI akan mula merekodkan setiap pemberian Markah Merit
untuk setiap pelajar bagi penglibatan Pelajar secara langsung
didalam aktiviti-aktiviti yand diadakan seperti Waktu PJ , Sukan Tahunan ,
kehadiran pelajar ke sekolah dan pelbagai lagi sepanjang Februari –
Oktober 2011 kelak bagi melahirkan Pelajar berjiwa Modal Insan yang
bukan sahaja dirangsangi didalam bidang akademik malah turut cergas
didalam bidang Ko-kurikulum .

Sekian , terima kasih .


CUTI UMUM - BULAN FEBRUARI 2011


03hb ( KHAMIS ) & 04hb ( JUMAAT ) FEBRUARI 2011
CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

&

15hb FEBRUARI 2011 ( SELASA )
CUTI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

… TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada
tarikh-tarikh diatas … Harap maklum !


AKTIVITI-AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2011

TEMA PEMBELAJARAN BULAN FEBRUARI 2011
SEKOLAH SAYA
PERAYAAN 1

Tahun Baru Cina & Maulidur Rasul

PAKAIAN & EKSESORI

LAWATAN JURURAWAT DARI KLINIK PERGIGIAN
HARI SELASA , 01/02/2011 ( 09.00 am
Rutin tahunan pemeriksaan gigi Pelajar-pelajar

di Tadika TGI


AKTIVITI KRAFTANGAN TAHUN BARU CINA
HARI RABU , 02/02/2011 ( 10.30 am )
Membuat kraftangan khas sempena perayaan

Tahun Arnab


JAMUAN KHAS “ MAULIDUR RASUL “
HARI ISNIN , 14/02/2011 ( 11.00 am )
Sesi pengertian sambutan Maulidur Rasul serta

Jamuan Bertalam nasi Kacang untuk semua Pelajar


SAMBUTAN HARI LAHIR

TEMA : KEMULIAAN & KESYUKURAN

HARI ISNIN , 14/02/2011

MUHAMMAD FAIZ AIMAN / NUR SAIFUL ZHARFAN

MOHAMAD AIDIL NAZUAR / NUREMELIN NATASHA

NUR ALEEYA SAFIYA / FATIN ALIA


AKAN DATANG.....


JOM SUKAN

1 PELAJAR 1 SUKAN


Dalam merealisasikan agar semua Pelajar terlibat dalam aktiviti

Sukan Tahunan 2011 TGI sepertimana seruan KPM agar semuaPelajar

mengambil bahagian maka pihak TGI akan mengadakan aktiviti

tersebut yabng berlainan konsep seperti tahun-tahun yang dahulu

pada :

HARI KHAMIS , 10/03/2011
08.30 PAGI - 1.00 PETANG
DI DEWAN BALORA MASTIKA & PADANG AWAM KONGSI
( YURAN SUKAN - RM 15.00 bagi setiap Pelajar )


INFO KONVOKESYEN & KONSERT KE-4 TGI 2011

Setelah tamat Konvo ke-3 di Tabung Haji pada tahun lalu , pihak TGI

membuat keputusan setelah merumuskan hasil perkhidmatan dan

mutu makanan disitu dengan menmgambilkira pandangan Warga

TGI untuk mengadakan Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang

Ke-4 TGI 2011 dengan bertema “ SINBAD The Musical “ pada

HARI AHAD , 13hb NOVEMBER 2011 di Grand Ballroom , Hotel

Eastin Penang .

Bagi memudahkan IbuBapa/Penjaga TGI , satu buku Buletin Konvo

akan diedarkan pada 14/02/2011 untuk rujukan dan tindakan

susulan tuan/puan sekalian .

Harap maklum .



;;

By :
Free Blog Templates