Monday, February 14, 2011

BULETIN TGI EDISI FEBRUARI 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …

Untuk Edisi Februari 2011 ini , pihak TGI ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina ( ‘ Tahun Arnab ‘ ) kepada Warga TGI
yang meraikannya .

Juga dimaklumkan pada bulan Februari 2011 ini , minggu Slot
Swimming akan diadakan pada minggu bermula pada 21/2 – 25/2
( bagi memastikan pelajar membawa pakaian mandian ) .

* MARKAH MERIT 2011 – PELAJAR ( Mulai 01hb Februari 2011 )
Pihak TGI akan mula merekodkan setiap pemberian Markah Merit
untuk setiap pelajar bagi penglibatan Pelajar secara langsung
didalam aktiviti-aktiviti yand diadakan seperti Waktu PJ , Sukan Tahunan ,
kehadiran pelajar ke sekolah dan pelbagai lagi sepanjang Februari –
Oktober 2011 kelak bagi melahirkan Pelajar berjiwa Modal Insan yang
bukan sahaja dirangsangi didalam bidang akademik malah turut cergas
didalam bidang Ko-kurikulum .

Sekian , terima kasih .


CUTI UMUM - BULAN FEBRUARI 2011


03hb ( KHAMIS ) & 04hb ( JUMAAT ) FEBRUARI 2011
CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

&

15hb FEBRUARI 2011 ( SELASA )
CUTI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

… TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada
tarikh-tarikh diatas … Harap maklum !


AKTIVITI-AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2011

TEMA PEMBELAJARAN BULAN FEBRUARI 2011
SEKOLAH SAYA
PERAYAAN 1

Tahun Baru Cina & Maulidur Rasul

PAKAIAN & EKSESORI

LAWATAN JURURAWAT DARI KLINIK PERGIGIAN
HARI SELASA , 01/02/2011 ( 09.00 am
Rutin tahunan pemeriksaan gigi Pelajar-pelajar

di Tadika TGI


AKTIVITI KRAFTANGAN TAHUN BARU CINA
HARI RABU , 02/02/2011 ( 10.30 am )
Membuat kraftangan khas sempena perayaan

Tahun Arnab


JAMUAN KHAS “ MAULIDUR RASUL “
HARI ISNIN , 14/02/2011 ( 11.00 am )
Sesi pengertian sambutan Maulidur Rasul serta

Jamuan Bertalam nasi Kacang untuk semua Pelajar


SAMBUTAN HARI LAHIR

TEMA : KEMULIAAN & KESYUKURAN

HARI ISNIN , 14/02/2011

MUHAMMAD FAIZ AIMAN / NUR SAIFUL ZHARFAN

MOHAMAD AIDIL NAZUAR / NUREMELIN NATASHA

NUR ALEEYA SAFIYA / FATIN ALIA


AKAN DATANG.....


JOM SUKAN

1 PELAJAR 1 SUKAN


Dalam merealisasikan agar semua Pelajar terlibat dalam aktiviti

Sukan Tahunan 2011 TGI sepertimana seruan KPM agar semuaPelajar

mengambil bahagian maka pihak TGI akan mengadakan aktiviti

tersebut yabng berlainan konsep seperti tahun-tahun yang dahulu

pada :

HARI KHAMIS , 10/03/2011
08.30 PAGI - 1.00 PETANG
DI DEWAN BALORA MASTIKA & PADANG AWAM KONGSI
( YURAN SUKAN - RM 15.00 bagi setiap Pelajar )


INFO KONVOKESYEN & KONSERT KE-4 TGI 2011

Setelah tamat Konvo ke-3 di Tabung Haji pada tahun lalu , pihak TGI

membuat keputusan setelah merumuskan hasil perkhidmatan dan

mutu makanan disitu dengan menmgambilkira pandangan Warga

TGI untuk mengadakan Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang

Ke-4 TGI 2011 dengan bertema “ SINBAD The Musical “ pada

HARI AHAD , 13hb NOVEMBER 2011 di Grand Ballroom , Hotel

Eastin Penang .

Bagi memudahkan IbuBapa/Penjaga TGI , satu buku Buletin Konvo

akan diedarkan pada 14/02/2011 untuk rujukan dan tindakan

susulan tuan/puan sekalian .

Harap maklum .



0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates