Friday, April 30, 2010

BULETIN TGI EDISI MEI 2010 - 05/2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …


Untuk Edisi Mei 2010 ini , pihak TGI ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran , kerjasama dan sokongan pihak IbuBapa/Penjaga pada sesi Perjumpaan yang lalu dengan kehadiran peratusan sebanyak 83% .

Segala pandangan dan komen yang dibincangkan akan dipantau serta dipertingkatkan oleh pihak Pengurusan TGI .

Untuk makluman IbuBapa/Penjaga semua , aktiviti Sambutan Hari Guru 2010 kelak yang dijadualkan pada 14hb Mei 2010 nanti akan diadakan secara tertutup bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil bahagian

didalam aktiviti yang disediakan . Pelajar boleh dihantar terus ke Dewan pada pagi tarikh tersebut dan diambil di Dewan sekiranya pihak tuan/puan ingin mengambil sebelum pukul 1.00 petang . Pelajar yang menaiki van akan

pulang serentak bersama pelajar Pakej B pada pukul 2.30 petang . ( Makanan tengahari akan disediakan kepada semua pelajar yang pulang pada jam 2.30 petang ) .

Akhir kata , pihak TGI ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Warga IBU Tadika Gemilang Intelek semoga dipanjangkan umur serta di- murahkan rezeki . Kepada semua Tenaga Pengajar TGI serta waris-waris

yang bergelar Guru – “ SELAMAT HARI GURU dari kami di TGI !


CUTI UMUM ( PUBLIC HOLIDAY )

28/05/2010 ( JUMAAT ) - HARI WESAK

* TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada tarikh diatas .


AKTIVITI-AKTIVITI MEI 2010


TEMA PEMBELAJARAN BULAN MEI 2010

PEKERJAAN

HOBI

KRAFTANGAN SAMBUTAN HARI IBU

HARI JUMAAT , 07/05/2010

DI TADIKA

AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN KHAS UNTUK

IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU ….

AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU

JUMAAT , 14/05/2010

DI DEWAN BALORA MASTIKA , KONGSI

09.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

AKTIVITI TERTUTUP BERSAMA PELAJAR SAHAJA

dengan kerjasama Perpustakaan Desa Sungai Burong

- Hidangan makanan/minuman dari Gerai Guru-guru

- Acara bercerita / membaca dari Pelajar-pelajar

*** BERPAKAIAN LENGKAP UNIFORM TGI SERTA BERKASUT

( TIDAK PERLU MEMBAWA BOTOL AIR )


HARI JUMAAT , 14/05/2010

NUR ULFAH ZAHRA / MUHAMMAD LUQMAN

NIK MUHAMMAD SYAHMI / NUR BALQIS ZULAIKHA

NURFARZANA / DINA KHAIRINA

SAFIY ALIEYA / MD. IRSYAD IMAN ( Taska )
TEACHER ZIZI


SAMBUTAN HARI BAPA 2010


Pada bulan Jun 2010 yang akan datang , pihak TGI akan mengadakan aktiviti kraftangan bersama pelajar dalam menyambut Hari Bapa pada tahun ini . Butiran akhir aktiviti tersebut akan dimaklumkan kepada Pelajar pada Buletin Jun yang akan datang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING

26/06/2010 ( SABTU )

Pada bulan Jun nanti seperti tarikh di atas pihak TGI akan mengadakan lawatan sambil

belajar ke Zoo Taiping bersempena dengan tema pembelajaran bulan Jun - HAIWAN pada tarikh yang dinyatakan di atas .

Untuk itu , pihak TGI memohon jasa baik IbuBapa untuk memberi maklum balas akan penyertaan Pelajar kelak melalui borang jawapan yang akan diedarkan bersama Buletin ini bagi memudahkan persiapan pihak kami kelak .


0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates