Saturday, April 10, 2010

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga TGI yang samada terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung pada Temasya Hari Keluarga & Sukaneka TGI edisi ke – 3 tahun 2010 ini pada 03hb / 04hb April 2010 di Pasir Park ( Marina Village ) & Suria Service Apartment , Bukit Merah Laketown Resort . Syukur kepada Allah S.W.T. dengan rahmatnya , seramai 392 penyertaan daripada pelajar-pelajar , kakitangan TGI serta ahli-ahli keluarga Warga TGI yang telah memberi sokongan bagi menjayakan temasya yang julung-julung kalinya diadakan di luar Pulau Pinang . Dengan berkonsepkan Hari Keluarga maka kita harapkan tradisi sukan sekolah ditepiskan sedikit demi sedikit kerana matlamat yang ingin TGI terapkan adalah keakraban perhubungan sillatuhrahim antara semua Warga TGI tanpa mengira umur , darjat dan agama serta fahaman politik . Sebagai antara Tadika swasta milik Bumiputera sepenuhnya di Balik Pulau , maka TGI ingin menjadi pemangkin satu organisasi yang boleh menyatupadukan penduduk sekitaran Balik Pulau disamping menegakkan Tunjang Pendidikan

Pra-Persekolahan anak-anak wawasan Balik Pulau ke arah Globalisasi yang penuh cabaran di masa akan datang . Yang adahanyalah di TGIsungguh terharu bagi pihak Pengurusan TGI serta wakil Jawatankuasa IbuBapa dengan sambutan semua yang hadir dalam memenuhi acara-acara yang disediakanwalaupun kelewatan ketibaan rombongan bas namun acara-acara dapat disempurnakan dengan jayanya tanpa ada perselisihan faham mahupun pertelingkahan . Semangat sesama kita untuk menanag melonjakkan lagi paradigma yang positif untuk berjayaSyabas !!! Kesenambungan aktiviti di kolam renang Suria Apartment menampakkan lebih impak untuk bersatu sebagai satu keluarga yang besar wujud dalam dunia TGI iniTahniah ! Namun bagi pihak Pengurusan TGI ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata , terkasar bahasa dan kekurangan sewaktu mengendalikan temasya ini dari segi aktiviti , persiapan , hadiah-hadiah dan apa jua . Maklum balas dan pandangan yang bernas amat dialu-alukan untuk diperbaiki bagi aktiviti masa hadapan . Untuk itu , diakhir cetusan saya ingin merakamkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua PELAJAR , KAKITANGAN/

PENGURUSAN TGI , WAKIL JAWATANKUASA IBUBAPA , AHLI-AHLI KELUARGA WARGA TGI dan PENAJA-PENAJA yang bertungkus lumus memastikan temasya ini dijayakan dengan GEMILANG . Pada semua Warga TGI , jika tahun 2010 kita berani keluar dari kepompong Pulau Pinang maka InsyaAllah pada edisi 2011 , kita akan keluar lagi ye … mungkin lebih jauh lagi , InsyaAllah !


WassalamSekian , terima kasih .

RUDZI ARSHAD

Pengerusi TGI


0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates