Wednesday, August 26, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera …
Untuk Edisi September 2009 ini , pihak TTGI terlebih dahulu ingin
mengucapkan sekali lagi SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN Al-MUBARAK dan seterusnya menyambut AIDILFITRI yang akan tiba pada minggu Ke-4 kelak. Pihak TGI akan memaklumkan kelak secara rasmi cuti perayaan AidilFitri apabila mendapat berita/ surat pekeliling dari JPN nanti .
Dengan keadaan Virus Influenza A yang masih berpanjangan maka pihak
TGI membuat keputusan untuk tidak meneruskan slot ‘ Swimming ‘ untuk
Pelajar-pelajar bagi menghindari jangkitan selsema .
Untuk Majlis Rumah Terbuka AidilFitri TGI yang dijadualkan pada 04/10/09
kelak , seperti di tahun-tahun yang lalu … IbuBapa / Waris boleh turut serta
dalam penyediaan makanan & minuman pada majlis itu dengan berurusan
terus bersama Cikgu Rudzy untuk SUMBANGAN MAKANAN & MINUMAN
bagi malam tersebut .
Akhir sekali , pihak kami ingin memaklumkan juga akan ujian UPPP Akhir
Tahun yang akan diadakan sebelum kita menyambut AidilFitri kelak seiring
dengan pencarian pelajar-pelajar cemerlang di Hari Konvokesyen & Anugerah
Cemerlang kelak .
Sekian , terima kasih …
CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
MULAI HARI JUMAAT , 18/09/2009 -
HARI AHAD , 27/09/2009
TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada tarikh di atas .
CUTI UMUM - ‘ NUZUL AL-QURAN ‘
HARI ISNIN , 07/09/2009
TADIKA & TASKA tidak akan beroperasi pada tarikh di atas .
AKTIVITI-AKTIVITI SEPTEMBER 2009
TEMA PEMBELAJARAN BULAN SEPTEMBER 2009
*MAKANAN
*MINUMAN
UJIAN UPPP 02/2009 ( AKHIR TAHUN )
HARI SELASA , 08/09/09 - HARI RABU , 16/09/09
- BAHASA MALAYSIA ( 08/09/09 )
- SCIENCE ( 09/09/09 )
- ENGLISH LANGUAGE ( 10/09/09 )
- PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL ( 11/09/09 )
- MATHEMATICS ( 14/09/09 )
- COMPUTER ( 15/09/09 )
- BAHASA ARAB ( 16/09/09 )
…. Pastikan semua Pelajar-pelajar dapat HADIR pada tarikh
di atas untuk menghadapi ujian ini .
Sambutan Harijadi BULAN SEPTEMBER
HARI KHAMIS , 17/09/2009 di TGI
AINUL DANIA / ALIA NABILA / ALIA NAZIFA
MUHD DANISH AIMAN / LIM SEIK FOON /MUHD HAZIQ NAUFAL
MUHD DANIEL AKRAM ( Transit ) / ( Taska ) BASHARAH ( Taska )
Friday, August 21, 2009
SAMBUTAN DI AMBANG MERDEKA 2009... DEWAN BALORA MASTIKA
0 comments Posted by ttgemilangintelek at 11:28 PMThursday, August 20, 2009
A) REGISTRATION FEES
AGES FROM 04 YEARS OLD TO 06 YEARS OLD
RM 330.00 Inclusive of REGISTRATION , BOOKS , PHOTOSTAT , and STATIONERY ,
INSURANCE ( Per Year )
B) OTHER PAYMENT
PHONICS BOOK ( are compulsory to be purchase, by Mac '10 )
Bacalah Anakku Fonetik - RM 35.00
ReadEasy Phonics. - RM 40.00
MID YEAR - 2nd Payment Fee ( payment before July ’10 )
04 & 05 years old - Photostat & Stationery and Convocation Day 2010 - RM 120.00
06 years old - Photostat & Stationery , Graduation Photography
& Convocation Day 2010 - RM 140.00
C) MONTHLY FEES
1. PACKAGE TGI – A ( 08.30 am - 12.15 noon )
( inclusive of Morning Break ) - RM 120.00
2. PACKAGE TGI – B ( 08.30 am - 2.30 pm )
( inclusive of IQRA, Morning Break /Lunch & Tuition ) - RM 180.00
3. PACKAGE TGI – C ( 08.30 am - 7.00 pm )
( inclusive of IQRA , Morning Break / Lunch / Hi-Tea
Break & Tuition ) … transit to Nursery after 2.30 pm - RM 280.00
4. PACKAGE TGI – D ( After School Transit ) - RM 160.00
Tuesday, August 18, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
& Salam Sejahtera …
Tadika Gemilang Intelek ini telah dibuka dengan rasminya pada 25hb Disember 2007 oleh Pengarah Jati
HPA Industries Sdn. Bhd. PUAN SUHAIZA BINTI RUSLI dengan kehadiran hampir 150 orang yang terdiri
daripada ibu bapa , ahli keluarga , pelajar-pelajar lama dan baru serta para tetamu jemputan. Pada tahun 2007 tadika ini telah dikenali sebagai Tadika Warisan Bestari , yang telah diambil alih
oleh isteri saya Puan Azrah binti Zamri dan ditukar nama dengan Tadika Gemilang Intelek …
Alhamdullillah serta syukur kerana sambutan daripada penduduk di sekitar Balik Pulau ini telah menerima kewujudan TGI dengan baiknya kerana kaedah , program dan aktivitinya yang dapat membina pembelajaran yang positif serta menarik kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 04 – 06 tahun sejajar dengan kehendak Kurikulum Pra-Persekolahan Kebangsaan dibawah pemantauan Unit Pendidikan Swasta – Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Sehingga Ogos 2009 , kekuatan kapasiti TGI adalah dengan 98 pelajar & 09 tenaga pengajar di Tadika TGI dan 21 kanak-kanak & 06 kakitangan di Taska TGI. Dengan tertubuhnya TGI ini , pihak kami berharap dapat meneruskan perjuangan misi dan visi Kerajaan dalam melahirkan generasi pada masa hadapan yang ber’INTELEK’ bagi menjana perkembangan Ilmiah dan Duniawi yang positif dalam membawa negara Malaysia ke mercu keGEMILANGan ! Disamping itu pihak TGI juga ingin memgembangkan dunia pra-persekolahan di kawasan Balik Pulau ini dalam mendidik
kanak-kanak ke arah Globalisasi yang lebih canggih dan berdaya saing terutamanya dalam penguasaan
yang berkesan didalam Bahasa Inggeris serta memantapkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia yang
sejajar dengan kehendak zaman Sains & Teknologi ketika ini … InsyaAllah !
Bagi merealisasikan semuanya itu , pihak TGI telah menyerapkan komponen kurikulum Pra-sekolah
seiring kaedah teori ‘’09 Multiple Intellingence ‘ , kaedah ‘ Montessori ‘ , misi mencapai 4M
( Membaca , Menulis , Mengira & Memikir ) , perkembangan pengunaan Komputer ( ICT ) serta menimba
ilmu keagamaan dengan penambahan matapelajaran Bahasa Arab & Fardhu Ain .
Info : seperti Laporan Kabinet 1979 … ‘ Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi
serta menyemai dan menanam perpaduan yang berpandukan RUKUNEGARA ‘ …
Sejajar dengan apa yang diperkatakan seperti di atas , akhir sekali pihak TGI berharap Tadika ini
akan menjadi satu landasan untuk memperkasakan dunia pembelajaran pra-persekolahan untuk
penduduk-penduduk sekitar Balik Pulau ini . InsyaAllah dengan permintaan masyarakat Balik Pulau akan
keperluan pendidikan pra-persekolahan , maka pihak TGI akan memperkembangkan fasiliti TGI ini dengan
menambah penempatan kelas-kelas untuk Sesi 2010 kelak . Pihak TGI telah pun menambah sebuah lagi
bangunan untuk tambahan Tadika ini iaitu di No. 3 , Jalan Sungai Air Putih 1/3 , Bandar Baru Air Putih ,
11000 Balik Pulau , Pulau Pinang ( bersebelahan bangunan Tadika ketika ini ) . Adalah diharapkan dengan adanya tambahan kelas pada 2010 kelak akan dapat menampung keperluan sebanyak 120 pelajar .
Akhir kata dari saya bagi pihak semua guru & kakitangan TGI , jutaan terima kasih
kerana masih terus menyokong dan memberi kerjasama yang baik serta perhatian yang