Tuesday, August 18, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
& Salam Sejahtera …
Tadika Gemilang Intelek ini telah dibuka dengan rasminya pada 25hb Disember 2007 oleh Pengarah Jati
HPA Industries Sdn. Bhd. PUAN SUHAIZA BINTI RUSLI dengan kehadiran hampir 150 orang yang terdiri
daripada ibu bapa , ahli keluarga , pelajar-pelajar lama dan baru serta para tetamu jemputan. Pada tahun 2007 tadika ini telah dikenali sebagai Tadika Warisan Bestari , yang telah diambil alih
oleh isteri saya Puan Azrah binti Zamri dan ditukar nama dengan Tadika Gemilang Intelek …
Alhamdullillah serta syukur kerana sambutan daripada penduduk di sekitar Balik Pulau ini telah menerima kewujudan TGI dengan baiknya kerana kaedah , program dan aktivitinya yang dapat membina pembelajaran yang positif serta menarik kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 04 – 06 tahun sejajar dengan kehendak Kurikulum Pra-Persekolahan Kebangsaan dibawah pemantauan Unit Pendidikan Swasta – Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Sehingga Ogos 2009 , kekuatan kapasiti TGI adalah dengan 98 pelajar & 09 tenaga pengajar di Tadika TGI dan 21 kanak-kanak & 06 kakitangan di Taska TGI. Dengan tertubuhnya TGI ini , pihak kami berharap dapat meneruskan perjuangan misi dan visi Kerajaan dalam melahirkan generasi pada masa hadapan yang ber’INTELEK’ bagi menjana perkembangan Ilmiah dan Duniawi yang positif dalam membawa negara Malaysia ke mercu keGEMILANGan ! Disamping itu pihak TGI juga ingin memgembangkan dunia pra-persekolahan di kawasan Balik Pulau ini dalam mendidik
kanak-kanak ke arah Globalisasi yang lebih canggih dan berdaya saing terutamanya dalam penguasaan
yang berkesan didalam Bahasa Inggeris serta memantapkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia yang
sejajar dengan kehendak zaman Sains & Teknologi ketika ini … InsyaAllah !
Bagi merealisasikan semuanya itu , pihak TGI telah menyerapkan komponen kurikulum Pra-sekolah
seiring kaedah teori ‘’09 Multiple Intellingence ‘ , kaedah ‘ Montessori ‘ , misi mencapai 4M
( Membaca , Menulis , Mengira & Memikir ) , perkembangan pengunaan Komputer ( ICT ) serta menimba
ilmu keagamaan dengan penambahan matapelajaran Bahasa Arab & Fardhu Ain .
Info : seperti Laporan Kabinet 1979 … ‘ Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi
serta menyemai dan menanam perpaduan yang berpandukan RUKUNEGARA ‘ …
Sejajar dengan apa yang diperkatakan seperti di atas , akhir sekali pihak TGI berharap Tadika ini
akan menjadi satu landasan untuk memperkasakan dunia pembelajaran pra-persekolahan untuk
penduduk-penduduk sekitar Balik Pulau ini . InsyaAllah dengan permintaan masyarakat Balik Pulau akan
keperluan pendidikan pra-persekolahan , maka pihak TGI akan memperkembangkan fasiliti TGI ini dengan
menambah penempatan kelas-kelas untuk Sesi 2010 kelak . Pihak TGI telah pun menambah sebuah lagi
bangunan untuk tambahan Tadika ini iaitu di No. 3 , Jalan Sungai Air Putih 1/3 , Bandar Baru Air Putih ,
11000 Balik Pulau , Pulau Pinang ( bersebelahan bangunan Tadika ketika ini ) . Adalah diharapkan dengan adanya tambahan kelas pada 2010 kelak akan dapat menampung keperluan sebanyak 120 pelajar .
Akhir kata dari saya bagi pihak semua guru & kakitangan TGI , jutaan terima kasih
kerana masih terus menyokong dan memberi kerjasama yang baik serta perhatian yang
0 comments:
Post a Comment