Saturday, August 14, 2010

BULETIN TGI - EDISI OGOS 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
& Salam Sejahtera …

Untuk Edisi Ogos 2010 ini , pihak TGI ingin memaklumkan kepada
IbuBapa/Penjaga beberapa maklumat seperti berikut ;

i) BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
… Bagi pihak Kakitangan & Pengurusan TGI ingin mengucapkan kepada
semua Pelajar & Warga Keluarga TGI “ SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK “
yang dijangkakan pada 11hb Ogos 2010 ini nanti .
Marilah bersama-sama kita merahmati penuh kesyukuran kehadiran
Ramadhan itu kelak . Pihak TGI juga telah merangka bersama pihak
Masjid Sungai Rusa serta beberapa wakil IbuBapa untuk mengadakan
Majlis Membaca Yassin serta jamuan kecil-kecilan bagi menyambut Bulan
Ramadhan ini pada ;
HARI SABTU , 07/08/2010 @ HARI AHAD , 08/08/2010
( akan ditetapkan kemudian selepas diberitahu pihak Masjid )
… samada pada pukul 10.00 pagi atau selepas Zohor .
Sekiranya telah ditetapkan selewat-lewatnya pada 02/08/10 ini maka
dijemput para IbuBapa untuk bersama-sama membaca Yassin bagi
merahmati tempat anak-anak kita belajar serta kesyukuran akan ketibaan
Ramadhan . InsyaAllah !

Sekian , terima kasih !

CUTI UMUM
27/08/2010 ( JUMAAT ) - NUZUL AL-QURAN &
31/08/2010 ( SELASA ) - HARI KEBANGSAAN KE – 53
… TADIKA & TASKA
tidak akan beroperasi pada tarikh-tarikh diatas .

TEMA PEMBELAJARAN BULAN OGOS 2010
HARI KANAK – KANAK / BULAN RAMADHAN
NEGARAKU / HARI KEMERDEKAAN

SESI FOTOGRAFI - KELAS & GRADUASI

24/08/2010 ( SELASA )
- KELAS 06 TAHUN SAHAJA

25/08/2010 ( RABU )
- PELAJAR KELAS 05 TAHUN

26/08/2010 ( KHAMIS )
- PELAJAR KELAS 04 TAHUN

*** SEMUA PELAJAR DIMINTA MEMAKAI
UNIFORM & BERKASUT

LATIHAN PRA-KONSERT “ SITI DI ALAM FANTASI “
09/08/2010 ( ISNIN )
SEMUA PELAJAR TGI ( 05 / 05 / 06 TAHUN )
DI DEWAN BALORA MASTIKA , KONGSI
( PELAJAR HADIR KE SEKOLAH SEPERTI BIASA )

NOTA : Pada bulan Ogos ini , TGI akan mengambil masa 01 jam
setiap hari untuk membuat persiapan latihan Konsert Konvokesyen

SAMBUTAN HARI LAHIR OGOS 2010

HARI ISNIN , 09/08/2010
MUHD YASIN HAKIMI / MUHD NAIM SYAKRI
NUR DAMIA HARISA / SAIFUL ZARIF SYAHMI
NURUL ILIYA ASYIQIN / MUHAMMAD DANISH
MUHD ‘ATHIF ILLHAM / MUHAMMAD FAIZ
SIR ADRIE PRAKASH
Taska - FAEIZAH / HABIBAH

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2010
… Memandangkan Hari Kebangsaan pada tahun ini jatuh pada
bulan puasa maka pihak TGI akan meraikan sambutan tersebut
secara sederhana dan tertutup bersama pelajar & guru sahaja

LATIHAN PRA-KONSERT
HARI KONVOKESYEN 2010
… Pihak TGI juga akan mengambil satu jam setiap hari sepanjang
bulan Ogos ini untuk membuat latihan pra-konsert bagi
persiapan menjelang Hari Konvokesyen kelak terutamanya
mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung di
dalam muzikal drama itu kelak …. Nantikan !


0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates